Partai Keadilan Sejahtera (disingkat
PKS, nama dahulu:
Partai Keadilan adalah sebuah
parti politik di Indonesia. Parti ini diketuai oleh Dr. H.M.
Hidayat Nur Wahid, MA. Namun setelah Dr. H.M. Hidayat Nr Wahid, MA. terpilih sebagai ketua
MPR Indonesia merangkumi 2004-2009, beliau memilih untuk mengundurkan diri dari jabatannya sebagai Presiden PK Sejahtera, sehingga jabatan ketua sementara diambil-alih oleh Ir. H.
Tifatul Sembiring sebagai Pjs. Parti Keadilan Sejahtera. Lalu pada Sidang Majlis Syuro I PKS pada 26 - 29 Mei 2005 di Jakarta, Tifatul Sembiring terpilih menjadi Presiden PK Sejahtera antara tahun 2005-2010. Pada tahun 2009
Tifatul Sembiring di angkat jadi Menteri Komunikasi dan Informasi sehingga jawatan Presiden PKS dialih oleh
Luthfi Hasan Ishak, pada tahun 2013 Luthfi diganti oleh
Anis Matta.Parti ini berasaskan
Islam. Pada peringkat awal, parti ini popular di kalangan para
mahasiswa dan kaum cendekiawan muda Islam lainnya. Namun seiring dengan perkembangannya, parti ini semakin meluas kepopularannya, tidak hanya di kota-kota besar di Indonesia namun hingga ke pelosok-pelosok daerah dan sehinggakan juga merambah ke luar negera. Parti ini sudah banyak memiliki perwakilan di luar negera, hal ini dilihat dari pelbagai laman web yang muncul dengan nama parti ini yang berlokasi di pelbagai negara.Pada pilihanraya 2004, yang dikatakan pilihan raya kedua yang diikuti parti ini, PKS memenangkan suara sebanyak 7,34% (8.325.020) dari jumlah total dan mendapatkan kerusi sebanyak 45 di
DPR. Pada pilihanraya saat itu, PKS menggunakan cogan kata "Bersih dan Peduli".